"Mereka berkata,
Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj & Makjuj itu membuat kerosakkan di
atas bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu
membuat tembok di antara mereka dan kami?" - [18:94]
Yakjuj & Makjuj mempunyai kekuatan yang
sangat besar dan menakutkan.Raj Iskandar Zulkarnain sendiri pun tidak mampu
menewaskan Yakjuj & Makjuj walaupun dia mempunyai sebuah bala tentera yang
sangat kuat. Yang mampu dilakukan oleh beliau hanyalah dengan mengurung Yakjuj
& Makjuj di balik sebuah tembok besi. Ini saja cara paling berkesan
untuk menyekat kemaraan Yakjuj & Makjuj. Walaupun telah berhasil mengurung
Yakjuj & Makjuj,Raja Iskandar Zulkarnain memberikan memperingatankan tembok besi yang
dibangun oleh Raja Iskandar Zulkarnain akan musnah pada masa akan datang. Yakjuj & Makjuj akan
menghancurkan tembok besi yang mengurungnya. Umat Islam di seluruh dunia sedang
menunggu peristiwa menakutkan ini. Coba anda bayangkan betapa
kuatnya Yakjuj & Makjuj menghancurkan tembok besi yang mengurungnya
selama ini. Apabila Yakjuj & Makjuj terlepas dari tempat
pengurungannya, anda hanya boleh berdoa kepada Allah SWT agar terselamat
daripada serangannya. Tahukah anda mengapa Yakjuj & Makjuj tidak boleh
ditewaskan dengan kekuatan senjata manusia? Jawapannya bergantung kepada
soalan pertama anda sama ada : "SIAPAKAH Yakjuj & Makjuj?" atau
"APAKAH Yakjuj & Makjuj.
"Sehingga apabila Yakjuj
& Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing
tinggi.” – [21:96]
Daripada kisah Al-Quran, kita semua tahu bahawa Raja Iskandar Zulkarnain telah
membina sebuah tembok atau empangan untuk melindungi suatu kaum dari
ancaman Yakjuj & Makjuj.
"Berkata: Apa
yang Tuhanku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan
kekuatan dan aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan antara
mereka." – [18:95]
Tembok yang dibangunkan oleh Raja Iskandar Zulkarnain untuk memisahkan Yakjuj
& Makjuj daripada mengancam kehidupan kaum tersebut.Raja Iskandar Zulkarnain
telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kaum ini dengan membina
sebuah tembok besi. Kekuatan besi ini tidak mampu ditandingi oleh Yakjuj
& Makjuj. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah jika Yakjuj &
Makjuj adalah makhluk, mengapa 'mereka' berdiam diri sahaja semasa pembinaan
tembok besi itu? Jadi, untuk memecahkan kebuntuan ini, kita patut mengubah
soalannya daripada 'SIAPAKAH' kepada 'APAKAH' Yakjuj & Makjuj? Sekarang
mari kita lihat beberapa lagi ayat Al-Quran dan fakta bahasa untuk mengkaji
sifat-sifat Yakjuj & Makjuj
#1 : TERLETAK DI ANTARA DUA GUNUNG.
Yakjuj & Makjuj
muncul ketika Raja Iskandar Zulkarnain melintasi satu kawasan di antara dua buah
gunung.
"Sehingga apabila dia sampai di antara dua
gunung........"- [18:93]
2 : MEROSAKKAN PERMUKAAN BUMI.
Kemunculan Yakjuj
& Makjuj menyebabkan kerosakan di atas permukaan bumi.
“Mereka berkata, Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj
& Makjuj membuat kerosakan di bumi....." - [18:94]
3 : BOLEH DISEKAT DENGAN EMPANGAN.
Yakjuj & Makjuj
tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata, tetapi boleh disekat dengan
tembok atau empangan. "..........
aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan mereka." - [18:95]
4 : MEMPUNYAI SIFAT MENYALA.
perkataan 'Yakjuj'
mempunyai huruf akar 'alif-jim' yang membawa pengertian 'nyalaan'.
5 : BERGERAK SEPERTI GELOMBANG.
Perkataan 'Makjuj'
mempunyai huruf akar 'mim-jim' yang membawa pengertian gelombang.
6 : TURUN DARI LERENG-LERENG TINGGI.
Yakjuj & Makjuj
akan turun dari lereng-lereng tinggi semasa kemunculannya yang akan datang.
"Sehingga apabila Yakjuj & Makjuj dibukakan
dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi." - [21:96]
7 : AKAN MUNCUL SEMULA DARI BAWAH TANAH.
Yakjuj & Makjuj
akan menghancurkan empangan besi yang mengurungnya dari bawah tanah.
"....... tetapi apabila janji Tuhanku datang, Dia
menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." - [18:98]
Sebenarnya, Yakjuj & Makjuj ialah
sejenis bencana alam yang keluar dari bawah permukaan bumi. Dua perkataan Yakjuj
& Makjuj digunakan sebagai istilah kepada sejenis bencana alam dalam bahasa
kaum yang ditemui oleh Raja Iskandar Zulkarnain. Bahasa kaum ini tidak sama dengan
bahasa Raja Iskandar Zulkarnain.
"Sehingga apabila dia sampau di antara dua gunung dia
mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami
ucapan." - [18:93].
Artikel keren lainnya: